~ LIFE IS SIMPLE IF ISLAM BE YOUR PRINCIPLE ~

Thursday, 26 February 2015

Apa kalian fikir tentang Cinta?



Assalamualaikum CINTA. Apa khabar dirimu? Eh CINTA ! wah CINTA ! Kalam indah lagi tukus bagi setiap insan. Cinta itu harmonis? Cinta itu manis? Cinta itu sakti? Cinta itu apa?
Bagaimana kalian mendefinisikan cinta? Ya sungguh memang betul cinta buat kalian ketawa. Cinta buat kalaian bahagia. Cinta, cinta, cinta, segalanya indah belaka.

Tapi!!! cinta itu menyakitkan jiwa. Buat kalain merana bahkan buat kalian lalai dan terleka.
Mengapa cinta itu sifatnya seperti bermuka-muka. Sedangkan cinta itu anugerah. Anugerah adripada Dia yang Maha Pengasih. Mengapa perlu ada sengsara dalam cinta jika ia memang benar datang dari Sang Pencipta? Mengapa perlu ada yang menjadi antagonis dalam cinta? Entah mengapa kita perlu menghukum cinta sehingga sebegitu rupa.

Ingat cinta itu fitrah. Fitrah setiap manusia. Fitrah yang semulajadinya anugerah. Masakan bisa kita menolak cinta. Kerana cinta kalian taat ibu bapa. Kerana cinta kalian kenal Rasulullah saw. Kerana cinta kalian sekarang Islam. Kerana cinta kalian mengenal Dia. Dia yang mencipta cinta dan mencampakkan perasaan itu ke dalam jiwa hamba-hambanya agar kelak bisa memartabatkan agama.

Dulu....saat kau keluar dari perut ibumu, dahimu dikucup. Kau disambut bapamu yang membisikkan alunan merdu nan suci di cupingmu. Dia membanting tulang membiarkan titisan peluhnya jatuh ke bumi demi engkau meskipun sebelum kamu lahir di dunia, Kerana apakah itu? kerana cinta!

Cuma sedihnya melihat umat sekarang nilai cinta itu ibarat tiada darjatnya. Mengapa? Cinta mereka dengan manusia tiada seimbangnya dengan yang Esa. Tidak dapat dibezakan kedudukan cinta sebenar antara Dia dengan manusia. Cinta kini seperti kalam biasa yang hanya terbit di lidah tapi suburnya bukan di hati. Cinta kalian bukan datang dari benih yang disemai dengan karamah tapi dengan nafsu serakah. Sedarlah dan sedarlah...Jangan terus biar diri kalian lena dalam mimpi syaitan dengan dodoian sang dajjal yang memang ingin merebut cinta kalian.

No comments:

Post a Comment

komen itu indah , tinggalkan komen anda