Kita yang mana?
Sambil kau baca Sinar Harian, Metro, BH, News Star (fiwwwwwit omputeh) mata kau tak berkelip langsung. Kejap tersengih, kejap kerutkan muka kau, kejap mencebih.
Itulah realitinya. Reaksi wajah kau mengambarkan keadan yang berlaku di Negara kita dan sekeliling Hampir semua isu-isu semasa yang ditulis penulis laporan berita dalam surat khabar mengetengahkan isu moral dan akhlak, Kekejaman, pembunuhan, rompakan, maksiat , rogol, buli dan sebagainya. Pendek kata segala yang dipaparkan di dalam akhbar adalah laporan negatif. Meskipun ada cerita positif namun cerita tersebut tidak mampu pun untuk memberikan anjakan paradigma. Kerana apa? kerana nilai-nilai yang tidak berfaedah telah mendominasi masyarakat kita. Kenapa ya? sedangkan populasi Islam di negara kita hampir 52%. Jadi mana Islamnya tu? Kenapa dengan nilai 52% itu masyarakat Islam kita gagal membentuk satu tauladan yang memberi impak besar dalam negara. Sahabat, 52% bagi saya sudah cukup bagus dan seharusnya menjadi platform yang lebih jelaas untuk lebih mempamerkan nilai-nilai Islam di negara. Cuma!!!! dari 52% itu yang benar-benar Islam dari sudut hati dan akhlak dan aqidah hanyalah 25% bukan? Seterusnya yang berbaki hanya Islam atas perjanjian (Kad Pengenalan kau lah). Jadi bagaimana yg 25% ni nak membentuk satu tamadun Islam yang berjaya di negara kita Malaysia. Ya, memang tidak mustahil.tapi dari 25% itu yang bersatunya pula mungkin hanya 15% sahaja. Nah!!!!! hanya sebanyak itukah populasi silaturrahim kita sesama Islam. Kau bayangkan dan kalau kau tak boleh bayangkan kau fikir dalam-dalam. Sekarang ini, kau dan aku kena fikir kita ni sebenarnya dalam kalangan peratus yang mana. Pilihan di tangan kita sebenarnya samaada nak menjadi umat Islam yang hanya menerima atau menjadi umat Islam yang memberi dan menerima. Tapi kadang-kala yang memberi pun mengharaplan ada pemberian lain pula (darjat dan pangkat). Haihhh pening dibuatnya!!!!. Memang benar nak jadi Pemuda-pemudi Islam yang berkualiti bukan mudah dan bukan senang. Bukan seperti kupas kulit kacang. Bermulanya haruslah dari hati dan jiwa. Dari hati itu niat. Dari jiwa itu kekuatan. Berani itu satu kemestian. Jangan terlalu ikut pepatah orang dulu. "Jangan jaga tepi kain orang" . Istilah ini kadang-kala sangan sensitif dalam kalangan masyarakat melayu kita. Sebab apa entah ya? Mereka rasa istilah ini seperti suka menyibuk hal orang lain. Sebenarnya kalau difikarkan semulai istilah itu harus diletakan pada tempatnya yang betul. Tambahan pula pada zaman pasca mencabar ini. Nak atau tidak kita terpaksa juga tolong jaga tepi kain orang sikit walaupun seinci. Tapi jangan pula lah biarkan kain kita sendiri tak berjahit-jahit. Jadi janganlah terlalu anti dengan pribahasa "jangan jaga tepi kain orang lain" . Kalau bukan sebab ada orang yang prihatin tolong jaga tepi kain kau, ada ke kau dapat menjadi insan seperti sekarang? Insan seperti apa? Ya lah...seperti sekarang kenal Islam, kenal Tuhan, kenal Rasul. Benar bukan???
No comments:
Post a Comment
komen itu indah , tinggalkan komen anda